Blogger adalah platform membina blog yang paling popular yang disediakan oleh Google. Nama yang tidak asing lagi. Disamping mengarang, anda juga berkesempatan untuk menjana income melalui blog anda.
Melalui penulis ini saya akan memberikan atau berkongsi panduan bagaimana untuk membina blog anda menggunakan platform blogger ini.
Anda tidak perlu risau pasal kos storage dan sebagainya kerana platform blogger ini adalah percuma sahaja sepanjang hayat. Segalanya diuruskan oleh pihak blogger dan anda cuma perlu fokus terhadap pengemaskinian blog sendiri sahaja dengan artikel artikel baharu.
Tanpa buang masa lagi saya akan terus ke point untuk membina blog anda sendiri menggunakan blogger.
STEP 1 - MENDAFTAR AKAUN DI BLOGGER
Seperti yang saya telah maklumkan sebelum ini. platform ini adalah PERCUMA sahaja yang disediakan oleh pihak Google. Untuk langkah yang pertama anda perlu ke laman web https://www.blogger.com/
Apabila anda telah berada di laman web tersebut. Tekan butang "CREATE YOUR BLOG" untuk bermula
Tekan CREATE ACCOUNT sekiranya anda belum mempunyai account gmail atau terus sahaja log masuk sekiranya sudah menggunakan akaun gmail.
Apa yang menariknya tentang servis yang disediakan oleh google adalah semuanya adalah "single sign on" atau kata lain semua sudah diselaraskan hanya perlu sekali register dan semua servis boleh digunakan dengan id yang sama.
Selepas menekan create account, anda akan dibawa ke step seterunya iaitu mengisi maklumat diri anda, username anda, dan password. Ikuti sahaja langkah tersebut dan tekan next.
Isikan tajuk blog anda dan tekan next.
Selepas itu, masukkan sahaja url untuk blog anda. Secara automatik blog anda akan menjadi _________.blogspot.com. isikan ruang kosong dengan nama blog pilihan anda.
Step yang terakhir anda akan diminta untuk mengisi nama yang anda ingin pengunjung blog anda tengok. Letak nama pena anda.
Tekan Finish.
Untuk step pertama blog anda telah siap dibina.
STEP 2 - BUAT POSTING ANDA YANG PERTAMA
Pada dashboard blogger anda. tekan sahaja butang "New Post"
Pada Ruangan seterusnya hanya isi tajuk dan kandungan blog kemudian SAVE. simple sahaja step. terlalu mudah..
Siaplah isi blog anda, untuk melihat blog tekan sahaja VIEW BLOG
Sekian sahaja dulu artikel dari saya berkaitan cara membina blog secara PERCUMA menggunakan platform blosgpot disamping anda dapat menjana pendapatan melalui Earning pada blog ini.
Untuk perkongsian akan datang insyaallah saya akan menambah beberapa lagi artikel antaranya sumber untuk dapatkan template blogspot yang menarik dan cara install 3rd partry template pada blogspot.
Sekian dulu. Sharing is Caring.