Terdapat berjuta laman web didunia dan hanya dalam 20 keputusan sahaja yang akan dipaparkan pada muka pertama engin carian google. Berjuta juga pemunya laman web atau web owner yang ingin laman web mereka terlihat dimuka paling hadapan pada engin carian Google. Dengan memahami lebih lanjut tentang bagaimana engin carian Google berfungsi insyallah kita dapat memikirkan startegi untuk meningkatkan keterlihatan laman web kita pada engin carian.
BAGAIMANA CARIAN GOOGLE BERFUNGSI?
Setiap hari berjuta manusia menggunakan engin carian google untuk mencari maklumat. Google ibarat seperti sebuah perpustakaan yang besar yang menyimpan semua maklumat yang terdapat pada laman web yang dipanggil sebagai index. Apabila pengguna menaip keyword sebagai contoh Pisang, untuk memaparkan keseluruhan maklumat yang mengandungi perkataan Pisang tentulah berjuta maklumat sampai anda akan muntah hijau untuk melihatnya. Oleh itu, google telah hadir dengan algorithm mereka untuk menentukan ranking laman web.
Pertama sekali google akan cuba memahami apa yang anda cari walaupun anda salah ejaan atau menggunakan word yang salah dan google akan mengeluarkan laman web yang mempunyai kandungan yang anda cari mengikut susunan yang sesuai. Tetapi macam mana pula algorithm ini membuat keputusan laman web mana yang mempunyai kandungan yang betul pada page pertama?
Terdapat beratus faktur yang mendokong kepada keputusan engin carian Google dan antaranya adalah:
- Berapakah kekerapan perkataan Pisang ada pada laman web tersebut.
- Dimanakah lokasi perkataan itu diletakkan. Kedudukan perkataan adalah memainkan peranan
- Linkage laman web, berapa banyak laman web ini diletakkan link kedalam website-website lain.
- Lokasi pencarian dibuat memainkan peranan. Sebagai contoh kita dimalaysia tentulah inginkan maklumat yang lebih dekat dengan malaysia berbanding di negara lain
- Bila kandungan laman web itu dibuat. Artikel yang terkini lebih mendorong engin carian kerana maklumat lebih terkini dan baharu
dan banyak lagi faktor-faktor lain yang mendorong keputusan Google untuk letakkan laman web anda di carian yang pertama pada engin carian.
Untuk lebih kefahaman bolehlah lihat video yang disediakan oleh Google sepertimana dibawah:
https://www.youtube.com/watch?v=0eKVizvYSUQ
Diharapkan dengan penerangan dan video yang disertakan dapat membantu kita untuk merancang strategi untuk menjadikan laman web mesra SEO dan di rank pada muka hadapan engin carian Google.