APAKAH FUNGSI WEB HOSTING?
Mar 23

APAKAH FUNGSI WEB HOSTING?

Web Hosting adalah sebuah mesin yang menyimpan kandungan laman web di Internet. Setiap laman web memerlukan web hosting bagi membolehkan kandungan laman web mereka dapat diakses oleh semua orang secara atas talian. Kandungan laman web seperti HTML, CSS, gambar dan sebagainya perlu dimuat naik ke dalam web hosting bagi membolehkan laman web anda terlihat pada atas talian.

Web Hosting adalah servis berkala dimana anda perlu menyewa ruangan laman web secara bulanan atau tahunan. HostSinimo adalah satu satunya syarikat web hosting di Malaysia yang membenarkan bayaran web hosting secara bulanan tanpa komitment.

Mesin yang dimaksudkan tersebut lebih dikenali sebagai pelayan/server atau sebuah komputer yang disambungkan pada internet network bagi membolehkannya dapat diakses pada world wide web (www).

Sekiranya anda melakukan perniagaan, laman web adalah satu keperluan bagi meningkatkan keterlihatan anda secara atas talian. Di zaman segalanya di hujung jari, adalah kerugian sekiranya perniagaan atau branding anda tidak keterlihatan pada google, bing dan sebagainya.

Memilih hosting yang bertepatan dengan anda adalah penting agar dapat memenuhi keperluan laman web anda memandangkan terdapat pelbagai web hosting pakej yang terdapat di pasaran

 

JENIS-JENIS WEB HOSTING

Sekiranya anda sering malayari laman web syarikat web hosting, tentu anda perasan bahawa terdapat pelbagai jenis web hosting yang ada dijual dan mungkin agak mengelirukan bagi pelanggan yang belum biasa dengan istilah yang digunakan bagi setiap pakej web hosting. Berikut dimajukan jenis-jenis web hosting yang biasa terdapat di pasaran

  • Shared Hosting
  • Cloud Hosting
  • WordPress Hosting
  • Email Hosting
  • Virtual Private Server (VPS)
  • Dedicated Server

Setiap jenis web hosting ini mempunyai kelebihan masing-masing yang bersesuaian dengan laman web yang anda

 

APAKAH ITU SHARED HOSTING? 

Apabila mencari web hosting, shared hosting merupakan pilihan yang paling popular memandangkan ia tidak memerlukan kepakaran teknikal yang tinggi dan senang untuk digunakan. Disamping itu juga, dengan harganya yang murah berbanding pakej web hosting lain menjadikan ia satu pilihan sebagai permulaan dalam hostkan laman web.


Tapi apakah yang dimaksudkan dengan shared hosting dan kenapa ianya lebih murah berbanding pakej web hosting yang lain?


Shared hosting atau jika di translate secara terus bermaksud kongsi, ia bermaksud anda sedang berkongsi satu pelayan/server dengan pengguna laman web yang lain pada pelayan/server yang sama. Satu pelayan/server pada shared hosting dianggarkan lebih daripada 100 akaun dari pelanggan- pelanggan lain.Terdapat juga web hosting yang overselling dengan meletakkan lebih dari 500 akaun pada satu pelayan/server. Dengan berkongsi pelayan/server ia dapat memastikan kos sewaan bulanan atau tahunan anda adalah lebih murah daripada pakej web hosting yang lain.

 

Kelebihan Shared Hosting

  1. Lebih Murah Untuk Dilanggan
  2. Mudah Untuk Digunakan
  3. Tidak Perlu Diselenggara

Kekurangan Shared Hosting

  1. Anda mungkin mengalami downtime atau kemerosotan kelajuan laman web berpunca dari laman web lain pada pelayan/server yang sama
  2. Tiada akses root / kebebasan untuk meneroka pelayan/server dengan lebih dalam.

 

SIAPAKAH YANG SESUAI UNTUK MEMILIH SHARED HOSTING?

Shared Hosting sangat sesuai untuk:

  • Usahawan Kecil dan Sedehana
  • Laman Web Peribadi
  • Blog Peribadi
  • Baru berjinak dengan web hosting

Terdapat juga kemungkinan prospek diatas mempunyai jumlah pengunjung yang tinggi yang memerlukan naik taraf ke Virtual Private Server atau Dedicated Server. Naik taraf adalah penting bagi memastikan laman web anda berada di tahap yang paling atas bagi memudahkan pengunjung melawat ke laman web anda tanpa sebarang masalah. Bila perlu dinaik taraf? Naik taraf perlu apabila laman web anda telah mencapai pengunjung yang tinggi setiap hari.

 

PAKEJ SHARED HOSTING YANG TERDAPAT DI HOSTSINIMO

Di HostSinimo, kami menawarkan pelbagai jenis shared hosting yang anda boleh pilih bagi memastikan ia menepati keperluan laman web anda.

 

1) STANDARD SHARED HOSTING

Standard shared hosting merupakan shared hosting yang paling popular di HostSinimo kerana server yang power serta harga yang berpatutan serta boleh dibayar secara bulanan. Tiada komitment dan boleh ditamatkan pada bila-bila masa sahaja yang anda inginkan. Standard Shared Hosting kami ditempatkan di dua datacentre iaitu Cyberjaya dan Singapore.

 

KELEBIHAN SHARED HOSTING DI HOSTSINIMO

  • Boleh dilanggan secara bulanan
  • Tiada komitment, boleh ditamatkan pada bila-bila masa
  • Server yang laju
  • Tiada Overselling
  • PERCUMA SSL
  • Bandwidth Tiada Had
  • Menggunakan cPanel
  • Auto Installer CMS seperti WordPress, Joomla, Drupal dan lain-lain
  • Bantuan support yang pantas menerusi tiket, whatsapp, telegram dan platform lain lagi

 Pakej standard shared hosting kami bermula serendah RM15 sebulan sahaja.

standard shared hosting

 

 2) GOLD CLASS HOSTING

Gold Class Hosting kami adalah direka untuk para VIP yang inginkan shared hosting yang lebih laju daripada biasa dan keselamatan pelayan/server lebih terjaga. Gold Class Hosting kami hanya mengkhaskan beberapa laman web sahaja didalam satu server bagi memastikan lebih kelajuan dan selesa untuk para VIP.


Gold Class Hosting kami bermula serendah RM320 sahaja setahun. Server ini merupakan server yang sangat HOT oleh para VIP yang inginkan lebih kepuasan.

 

KELEBIHAN GOLD CLASS HOSTING

  1. Server/pelayan yang dikonfigurasi lebih RAM dan CPU daripada shared hosting biasa
  2. Lebih Selamat dengan Anti-Spam dan Anti-Hacking Terbina
  3. Dipantau lebih kerap oleh staf teknikal
  4. Bantuan teknikal yang lebih pantas
  5. Server/Pelayan Lebih Laju
  6. Penggunaan SSD berbanding HDD
  7. Bandwidth tanpa limit
  8. Ruangan Space yang besar
  9. PERCUMA SSL

 gold class hosting

 

3) UNLIMITED SINGLE LINUX

Unlimited Single Linux merupakan pakej shared hosting yang mempunyai ruangan tanpa had sesuai untuk pelanggan yang inginkan ruangan yang besar. Unlimited Single Linux hanya membenarkan satu laman web sahaja untuk satu akaun.

Unlimited Single Linux ini hanya ditempatkan di USA, UK dan Turkey sahaja. Pelanggan kami yang berada di luar pada Malaysia akan memilih pakej ini kerana lebih berdekatan dengan mereka.

 

KELEBIHAN UNLIMITED SINGLE LINUX

  • Space Laman Web Tanpa Limit
  • Bandwidth Tanpa Limit
  • Lokasi Server/Pelayan Offshore

 

 unlimited single linux

 

4) UNLIMITED SINGLE WINDOW

Unlimited Single window adalah sama seperti unlimited single linux Cuma ia menggunakan Window sebagai Operating System. Sangat sesuai untuk pelanggan yang membina laman web meraka menggunakan ASP dan lain-lain.

Unlimited Single Window ini ditempatkan di USA, UK dan Turkey sahaja. Pelanggan kami yang berada di luar pada Malaysia akan memilih pakej ini kerana lebih berdekatan dengan mereka. 

KELEBIHAN UNLIMITED SINGLE WINDOW

  • Space Laman Web Tanpa Limit
  • Bandwidth Tanpa Limit
  • Lokasi Server/Pelayan Offshore

window hosting

 

 

APAKAH YANG DIMAKSUDKAN DENGAN WORPRESS HOSTING?

WordPress Hosting adalah produk hosting yang dikonfigurasikan khas untuk WordPress dari segi kelajuan dan keselamatan.Tidak ada definisi standard industri untuk "WordPress Hosting" jadi definasi yang tepat akan berbeza-beza mengikut syarikat hosting yang menawarkan WordPress Hosting ini. WordPress Hosting biasanya digunakan untuk memudahkan, menjamin, dan mempercepatkan pemasangan WordPress berbanding dengan pemasangan WordPress pada hosting biasa.

Dengan melanggan WordPress Hosting, anda tidak lagi perlu pasang WordPress secara manual kerana ia sudah siap pasang khas untuk anda selepas sahaja pembayaran selesai dibuat.

Sekiranya anda berminat terhadap WordPress hosting, silalah ke https://hostsinimo.com/hosting/wordpress-hosting.html

Dari segi server spesifikasi adalah sama dengan standard shared hosting cuma ianya fokus kepada WordPress sahaja. Hosting ini telah terbina WordPress tools bagi memudahkan anda manage laman web WordPress anda dengan lebih cepat, cekap dan terbaik.

wordpress hosting

APAKAH YANG DIMAKSUDKAN DENGAN EMAIL HOSTING?

Emel Hosting adalah perkhidmatan yang menjalankan pelayan e-mel. Secara ringkasnya, jika anda memiliki nama domain dan inginkan perkhidmatan emel pada nama domain tersebut, anda perlu melanggan perkhidmatan emel hosting. 

Sebilangan besar syarikat web hosting juga menyediakan hosting email kepada anda; namun, perkhidmatan hosting e-mel yang disediakan oleh syarikat hosting web sebahagian besarnya hanya membekalkan anda e-mel POP3 dan asas-asas dalam perlindungan spam / virus dan ciri lain. Selain itu, beberapa penyedia hosting e-mel percuma mempunyai iklan yang terpapar tanpa kerelaan anda. Sekali lagi, jika anda memiliki perniagaan kecil atau sederhana (PKS), maka anda seharusnya tidak mahu mengendalikan e-mel perniagaan anda menggunakan salah satu penyedia ini kerana perkhidmatan e-mel biasanya lebih rendah daripada perkhidmatan hosting e-mel profesional.

Menggunakan perkhidmatan hosting e-mel profesional akan memberi anda ketenangan fikiran. Anda seharusnya dapat memberi tumpuan kepada perniagaan anda semasa penyedia hosting e-mel menguruskan perkhidmatan e-mel anda. Sebilangan besar penyedia hosting e-mel menawarkan pelbagai ciri mel web termasuk alias tanpa had, penerusan tanpa had, autoresponder, lampiran besar, perlindungan spam / virus yang kuat, peraturan mel, IMAP / POP3, penyimpanan dalam talian, kalendar, senarai mel, senarai putih, senarai hitam, sandaran, pengarkiban, pengurusan folder, pengurusan kenalan, dll. Anda juga dapat mengakses e-mel anda dari mana sahaja menggunakan e-mel web, telefon pintar dan pelanggan e-mel kegemaran anda seperti Outlook.

 

APAKAH YANG DIMAKSUDKAN DENGAN VIRTUAL PRIVATE SERVER?

VPS Hosting adalah Server/Pelayan Fizikal Yang Telah Membahagikan Partition Resource, Space dan Sebagainya Kepada Beberapa Unit Virtual Private Server menggunakan teknologi virtualisasi. 

Anda akan merasakan pengalaman sama seperti mempunyai Dedicated Server yang sendiri. Mempunyai akses root dan boleh dikawal sebagaimana Dedicated Server.

Dengan teknologi ini, kos untuknya dapat dikurangkan dan terhasilah VPS mampu milik khas untuk anda yang inginkan kelajuan server/pelayan di tahap yang tertinggi.

Anda boleh pasang segala jenis software yang anda inginkan tanpa limitasi. Pilihan yang sangat bijak bagi pemilik laman web yang memerlukan pelanggan yang ramai dan perlukan rekuirement yang tinggi

Virtual Private Server di HostSinimo adalah bermula serendah RM100 sahaja sebulan.

 vps hosting

 

APAKAH YANG DIMAKSUDKAN DENGAN DEDICATED SERVER?

Dedicated Server bermaksud bahawa laman web anda akan mempunyai pelayan/server fizikal khas untuk dirinya sendiri. Oleh itu segala CPU, RAM, HDD dan segala yang terpasang pada server/pelayan tersebut hanya milik anda sahaja tanpa dikongsi dengan mana-mana pelayan/server yang lain. 

Dedicated Server adalah pilihan yang paling popular oleh syarikat besar, syarikat SEO, syarikat web hosting dan sebagainya bagi memastikan laman web mereka berada tahap paling tinggi.

Kos bagi pengendalian Dedicated Server juga agak mahal jika dibandingkan dengan web hosting yang lain. Tetapi anda memiliki kepuasan yang berganda ganda.

Untuk melanggan dedicated server, anda bolehlah ke muka surat berikut: https://hostsinimo.com/vps-dedicated-server/hostsinimo-dedicated-server.html

 

KELEBIHAN DEDICATED SERVER DI HOSTSINIMO

  • Server siap dalam masa beberapa minit sebaik sahaja anda selesai membuat bayaran. Tidak perlu menunggu lama untuk dapatkan server anda.
  • Pelbagai pilihan OS yang anda rasa selesa untuk menggunakannya. Centos, Ubuntu, Debian, Fedora
  • Tambahan langganan cPanel,Plesk, WHMCS
  • Server yang power

dedicated server1

dedicated server2

dedicated server3

Read 1314 times

Leave a comment

Make sure you enter all the required information, indicated by an asterisk (*). HTML code is not allowed.