APA ITU BOT TRAFIK DAN APA KELEBIHAN DAN KEKURANGAN?
Mar 31

APA ITU BOT TRAFIK DAN APA KELEBIHAN DAN KEKURANGAN?

BOT TRAFFIC atau dalam bahasa melayunya dipanggil trafik bot. Bot adalah bermaksud robot/mesin/bukan manusia. Ia adalah dijana secara auto oleh robot untuk menziarah laman web anda secara berpaten.

Bot Traffik adalah meliputi hampir 60% daripada keseluruhan trafik yang dijana pada dunia world wide web (www). Kebanyakan trafik yang datang pada laman web pada masa kini telah dikuasai oleh Bot. Bot pula terbahagi kepada dua jenis bot iaitu:

  • BOT BAIK
  • BOT JAHAT 

Apa pula Bot Baik dan Bot Jahat ni?

BOT BAIK adalah bot daripada sumber yang dipercayai sebagai contoh Google, Alexa, Ahref, Moz untuk crawl laman web anda dan memberikan impak yang tinggi pada keterlihatan anda pada dunia atas talian. BOT BAIK lebih dikenali sebagai WHITE HAT

BOT JAHAT adalah bot yang dicipta untuk menjahanamkan anda sebagai contoh untuk hantar malware, DDOS attack dan sebagainya. BOT JAHAT pulak dikenali sebagai BLACK HAT

 

Apabila mendengar penjelasan diatas sudah tentu anda tidak inginkan BOT JAHAT memasuki laman web anda bukan? ya sudah tentu. Oleh itu langkah berjaga jaga hendaklah sentiasa dilakukan oleh anda seperti memasang Firewall, Plugin Security dan sebagainya.

 

APA PULA BOT TRAFIK?

Bot trafik adalah trafik ke laman web yang dijana oleh robot/mesin/ bukan manusia. Anda akan menerima trafik daripada laman web anda tetapi bukanlah daripada manusia sebenar. Oleh itu terdapat kelebihan dan kekurangan dalam menjana bott trafik ini.

 

KELEBIHAN BOT TRAFIK

  1. Ianya murah malah boleh dapatkan secara PERCUMA
  2. Dapat menjana trafik ke laman web anda
  3. Sebagai batu loncatan supaya laman web anda lebih cepat untuk diambil perhatian engin carian.

 

KEKURANGAN BOT TRAFIK

  1. Tiada Guna. Anda tidak akan menjana income langsung melaluinya kerana ia bukanlah datang dari manusia yang sebenar
  2. Merugikan bandwidth hosting anda. Kebanyakan web hosting mempunyai limitasi bandwidth dan ianya akan efek kepada hosting anda
  3. Menjadikan laman web perlahan untuk dilayari oleh manusia sebenar. Setiap pengunjung akan efek kepada server resource anda menjadikan ia lebih perlahan
  4. Merugikan duit sekiranya anda membelinya dengan banyak.

 

Dengan kelebihan dan kekurangan bot trafik yang dinyatakan ini diharapkan dapat membantu anda dalam membuat keputusan yang bijak apabila bercadang untuk mendapatkan bot trafik ini. 

Pada pendapat kami, adalah rugi sekiranya anda tidak mendapatkan trafik PERCUMA ini. Anda boleh juga melanggan pelan yang lebih tinggi pengunjung namun dinasihatkan agar tidak membazir pelan yang mahal kerana ia bukanlah manusia yang sebenar.

 

Untuk dapatkan trafik manusia yang sebenar, Kami sangat mencadangkan agar anda laburkan sedikit duit untuk membuat iklan Google Ads . Anda akan bayar hanya sekiranya iklan anda ditekan. Oleh itu ia dapat pastikan bahawa pengunjung laman web anda adalah orang sebenar dan memang berminat terhadap produk tersebut. Kadar untuk anda menjual produk adalah sangat tinggi.

 

 

Read 2343 times

Leave a comment

Make sure you enter all the required information, indicated by an asterisk (*). HTML code is not allowed.