Apa yang paling penting adalah tools ini disediakan secara PERCUMA sahaja oleh pihak Google. Sangatlah rugi sekiranya anda tidak mengambil peluang untuk menggunakan mereka secara baik. Berikut dimajukan produk daripada Google yang baik untuk laman web anda.
- GOOGLE ANALYTIC
- GOOGLE SEARCH CONSOLE
- GOOGLE MY BUSINESS
- GOOGLE CAPTCHA
- GOOGLE ALERT
- GOOGLE SAFE BROWSING
GOOGLE ANALYTIC
Google analytic adalah tools yang paling power untuk mengetahui lebih terperinci berkaitan pelawat yang telah melawat ke laman web anda. Google analytics ditawarkan secara percuma sahaja dimana anda boleh mendaftar dengan ke laman web Google Analytics sepertimana berikut. Klik Sini
Pelbagai perkara yang anda boleh ketahui pada google analytics antaranya adalah
- Real Time Visitor. Anda boleh melihat jumlah pelawat yang sedang melawat laman web anda sekarang ini, page mana yang dilawat, browser apa digunakan dan sebagainya. Ia sangatlah terperinci untuk anda
- Audience Overview. Anda boleh melihat sejarah pelawat laman web anda secara lebih perinci berkaitan berapa ramai pelawat, berapa muka surat yang telah dilawati, jenis browser dan sebagainya
- Acquisition Overview. Anda dapat melihat gambaran keseluruhan dimana kah sumber pelawat. Adakah secara terus, secara organic, referral atau sebagainya
- Behavior Overview. Anda boleh melihat bagaimana pelawat anda bertindak semasa melayari laman web anda
- Convention. Anda boleh melihat sejauh mana pengunjung anda memberi efek terhadap perniagaan atau jualan anda. Fungsi ini adalah sedikit advance dan tidak akan diterangkan pada artikel ini
Dan banyak lagi fungsi google analytics yang mana anda dapat explore sendiri.
GOOGLE SEARCH CONSOLE
Google search console adalah penting dimana anda dapat monitor/perhati keyword yang telah diranking oleh google untuk laman web anda dan berapa jumlah klik pada keyword tersebut kepada laman web anda.Dengan data ini, anda dapat menumpukan lebih masa bagi meningkatkan keterlihatan pada keyword yang telah diranking kan ini. Berikut merupakan fungsi yang menarik bagi google search console:
- Performance. Anda dapat melihat sejauh mana laman web anda telah memberi impak kepada engine carian. Berapa jumlah klik, berapa jumlah keterlihatan dan sebagainya.
- Url Inspection. Anda boleh menyalin url anda dan paste disini bagi menyemak adakah google telah indeks kan url tersebut pada google. Sekiranya belum anda boleh menekan butang crawl now bagi memberitahu google supaya crawl page tersebut untuk diindeks
- Sitemap. Masukkan sitemap anda disini bagi memudahkan urusan crawl laman web anda
Dan banyak lagi fungsi yang menarik untuk anda explore sendiri. Berikut merupakan link ke Google Search Console. Klik Sini
GOOGLE MY BUSINESS
Google My Business adalah tools yang bagus untuk meningkatkan keterlihatan anda pada lokal SEO. Daftar dan masukkan segala maklumat perniagaan anda bagi meningkatkan keterlihatan anda pada engine carian. Apa yang penting ianya adalah PERCUMA dan sangat membantu.
GOOGLE CAPTCHA
Google Captcha adalah tools bagi melindungi page log masuk atau boring online anda dimana satu cabaran akan dibuat oleh Google bagi memastikan hanya manusia sebenar sahaja yang Berjaya menggunakan boring online anda. Ini sekaligus dapat membantu anda dari segi keselamatan dan lain-lain. Sekiranya laman web anda mengandungi borang anda wajib guna tools ini
GOOGLE ALERT
Google alert adalah tools untuk anda monitor brand anda secara PERCUMA. Masukkan nama brand anda dan sekiranya brand anda di mention pada laman web secara automatik anda akan menerima email mengenainya. Google alert tidaklah membantu sangat kerana ia hanya memaparkan alert pada laman web yang tinggi authority sahaja. Tapi memandangkan ianya PERCUMA maka anda bolehlah gunakan ia sebaik mungkin.
GOOGLE SAFE BROWSING
Google safe browsing adalah tools untuk menyemak samada laman web anda telah diserang malware/atau virus atau tidak. Tentu anda pernah terjumpa paparan merah sepertimana gambar dibawah. Ya, ianya adalah Google Safe Browsing. Untuk menggunakan tools ini, hanya web developer yang pakar sahaja dapat menggunakannya. Anda mungkin boleh hire web developer untuk membantu anda.